Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam
Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala
kepada lebah;
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang
engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan
dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu)
yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda
(membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
a. Penyembuh Yang Mujarab
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu
dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah
Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan
sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga,
merangsang dan memperbaiki aliran darah.
b. Kuasa Mencerdaskan Otak
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap
terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para
penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila
aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.
c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi
melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik
Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan
menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam;
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan,
maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
v Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
v Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat
Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan,
Silika.
v Beta Karoten
v Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:
v Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu
mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
v Membantu melawaskan sistem pencernaan
v Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih
baik
v Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan
banyak oksigen dibawa ke otak.
v Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
v Mengurangkan parut
v Merangsang pertumbuhan sel baru dan
mempercepatkan penyembuhan luka.
No comments:
Post a Comment