a. Yang Dipilih Para Rasul
Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia
dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya
tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian
atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem
fungsi tubuh dan otak.
b. Sejarah
Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang
amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam
ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran;
(Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke
pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau
berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu
sebatang anak sungai.” Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu
buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari
segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25 - 26]
c. Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita
Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin
perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali
kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua itu Allah
lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.
Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam
perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma
mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan
diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu
amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji
kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang
Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin
bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.
Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam
menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik,
sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!
Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalam
memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan
berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala
yang merunsingkan..”.
d. Keberkatan
Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah
Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa,
berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka
dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan
At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan
sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda
menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik)
dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda
Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan
baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
e. Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani
Kurma Menenangkan Perasaan
Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala
berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari
segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh
mereka yang pakar;
“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma)
adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino,
antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya
Osman¹.
Kurma Memelihara Kesihatan
Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan
Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².
Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan
peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.
Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.
Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien
glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum.
Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu
menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A,
B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.
Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung &
Kencing Manis.
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh
mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan
kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat
besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.³