Sunday, 1 December 2013

Ibu Menyusu boleh mengamalkan Qaseh Adinda Murah, Mudah, Mujarab

Qaseh Gold Menyokong Penyusuan Susu Ibu


Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Susu ibu tidak boleh ditandingi oleh sebarang jenama susu formula bayi kerana komposisinya adalah lengkap dan sesuai untuk pertumbuhan bayi.

Kandungan susu ibu juga berbeza mengikut kehendak fisiologi dan pembesaran bayi pra-matang, baru lahir dan yang membesar.

Pengerusi Kumpulan Sukarelawan Penyusuan Ibu Pusat Pengajian Sains Perubatana, Universiti Sains Malaysia (USM) Cawangan Kelantan, Prof. Madya Dr. Yasmin Anum Mohd Yusof, berkata susu ibu mengandungi komposisi air yang banyak (hampir 70 peratus) berbanding susu formula.

Sebagai contoh, katanya, pada musim panas bayi tidak perlu diberi air sebagai tambahan kerana susu ibu sudah mencukupi untuk memastikan kandungan air yang normal di dalam tubuh badan seseorang bayi itu.

''Kandungan khasiat secukupnya (karbohidrat, protin, lemak, zat galian dan vitamin) memastikan bayi mendapat makanan yang seimbang,'' katanya.
Katanya, bahan-bahan itu yang terlarut dalam susu ibu memudahkkan bayi untuk menghadamnya.

Susu ibu juga, katanya, mengandungi banyak antibodi terutamanya 'immunoglobin A (IgA) dan bayi menerima antara 0.5 hingga 1 gram IgA setiap hari.
''Kandungan karbohidrat iaitu gula laktosa yang tinggi berbanding dengan susu lembu memberi tenaga yang secukupnya untuk pertumbuhan bayi,'' kata Dr. Yasmin.
Menurut beliau, kandungan protin yang kurang daripada susu lembu pula adalah bersesuaian dengan kadar penumbesaran bayi yang perlahan berbanding penumbesaran anak lembu yang cepat.

Beliau memberitahu, protin (kasien) yang terkandung dalam susu lembu mudah menjadi kental (curd) dan menyebabkan najis bayi keras.
Menurut Dr. Yasmin Anum, protin dalam susu lembu juga membuatkan bayi mudah alah dan muntah.

Kandungan garam yang tinggi (sodium, potasium dan klorida) di dalam susu lembu itu membebankan fungsi ginjal bayi yang masih belum matang.
Katanya, setiap orang ibu mampu mengeluarkan 600 hingga 700 miligram susu untuk keperluan dan pemakanan bayi setiap hari .
Oleh itu persoalan sama ada susu ibu tidak mencukupi atau tidak , tidak timbul jika ibu kerap menyusukan.

Menurut Dr. Yasmin Anum, kehadiran antibodi di dalam susu ibu itu memastikan bayi dilindungi daripada jangkitan bakteria yang menyebabkan penyakit cirit birit, muntah- muntah, demam kepialu dan jangkitan paru-paru.

''Dua bahan lain dalam susu ibu turut memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berjangkit ialah sel darah putih dan laktoferin,'' katanya.
Laktoferin 'menambat ' zat besi di usus bayi itu akan melindungi bayi daripada cirit-birit di samping menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria.
Menurut Dr. Yasmin Anum, ibu-ibu perlu mengetahui bahawa susu ibu adalah dos awal pelalian bagi bayi yang baru lahir dan menghalang daripada pelbagai jenis penyakit.

Cirit-birit yang berlaku kepada bayi kemungkinan berpunca daripada penyediaan susu botol yang tidak sempurna seperti botol yang tidak dibasuh dengan baik.
Kemungkinan juga, katanya, susu dibancuh menggunakan air yang tercemar.
Susu ibu pula tersimpan dalam payudara yang bebas daripada sebarang jangkitan kuman.

''Daripada kajian yang dijalankan, bayi yang diberi susu ibu mempunyai IQ (darjah kecerdasan) lebih tinggi berbanding bayi yang diberi susu formula,'' kata Dr. Yasmin Anum.
ARKIB : 01/08/1998 Utusan Malaysia 


pm/sms/whatsapp hubungi 013-9105369
Anis

No comments:

Post a Comment