Sunday, 26 January 2014

Qaseh Junior untuk tenaga dan minda anak-anak

Pemakanan Sunnah terbaik untuk anak anak anda. 
cara pengambilan untuk anak-anak adalah bergantung pada umur dan dos.
Istiqamah mengamalkan InsyaAllah..

Qaseh Junior dikilangkan mengikut standard pengilangan IMP (Islamic Manufacturing Practice)

Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang in shaa Allah menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI BAIK).
Berminat untuk dapatkan Qaseh Junior sms/whatsapp/call 
Anis 013-9105369


Qaseh Junior untuk anak batuk berkahak

Ramai sudah mempercayai Qaseh Junior sebagai penawar batuk. Istiqamah dan yakin InsyaAllah..





Antara kandungan Qaseh Junior

KURMA : 
Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


MADU :
1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.

d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

BUAH TIIN:
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.

Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.


BUAH ZAITUN:
Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.


HABBATUSSAUDA:
BAYI DAN KANAK-KANAK
Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa (habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.
Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.



DELIMA:
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak/pelajar
" Kajian di seluruh dunia telah dijalankan keatas manfaat kesihatan jus delima . Menurut penyelidik , ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan jus buah delima , ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah . Jus Delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi . Asid Folik yang diperlukan bagi pembangunan bayi yang sihat. Asid Folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA . Wanita yang mempunyai paras asid folik yang tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat"


AIR ZAM-ZAM
Ada keberkatan padanya, boleh mengenyangkan seperti makanan dan sebagai penawar penyakit. Disebutkan dalam hadis Abu Dzar Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang air zamzam:
Maksudnya: "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan." Dan Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya: "Dan penyembuh penyakit." (Hadis riwayat Muslim)
Perihal air zamzam menjadi penawar penyakit itu, banyak disebut mengenainya, antaranya:
Maksudnya: "Daripada Abu Jamrah Adh-Dhuba‘ie katanya: "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Makkah, lalu aku terkena demam panas. Berkata Ibnu ‘Abbas: "Dinginkanlah panasmu itu dengan air zamzam, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Demam panas itu daripada bahang neraka jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air, (atau sabda Baginda: "Dengan air zamzam" , si Hammam syak). (Hadis riwayat Al-Bukhari)


MANNA/GAM ARAB
Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic, 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune dan mengunyah 7 hari Gum Arabic mengurangkan karang gigi dan gusi ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi
Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu dalam bahasa Arab adalah Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam miniman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian sebenar al-Manna tersebut atau salah satu daripada al-Manna yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Kita di Malaysia kenali ia sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan Arabian Sweet Gum.
Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan sebagai prebiotik, ia juga merupakan antioksidan yang amat baik, pesakit buah pinggang, gout, masalah asid urik berlebihan dan lain-lain.

ZAFFARAN/ SAFRON
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

GINKO BILOBA
Gingko adalah spesis pokok tertua didunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk di France & German. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah didalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit alzheimer's dan lain lain penyakit pelupa dan hilang ingatan.
PEGAGAPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.
Mengamalkan meminum jus Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.

GARAM BUKIT
Dari sainsnya garam bukit ni sangat berkesan untuk melancarkan perjalanan darah, merawat masalah jerawat, parut membuang toksin dan sel kulit mati juga sesuai bagi merawat masalah kulit. Terutamanya yang mengalami masalah kegatalan.

KISMIS
Antara lain-lain khasiat kismis adalah :
1. Menguatkan daya ingatan
2. Mengubati penyakit lupa
3. Mencerdaskan minda
4. Memutuskan balgham
5. Membersihkan hati
6. Mencerahkan mata


BADAM
Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran minda mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

BAYAM

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.
Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.


Sunday, 1 December 2013

Dapatkan keberkatan puasa anda dengan jus QASEH GOLD

Qaseh Adinda membantu Ibu menyusu yang berpuasa supaya kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Info ibu yang hamil ketika berpuasa

Risiko puasa ketika hamil


Selain wanita mengandung yang mengalami alahan kronik, terdapat beberapa faktor membuatkan ibu mengandung tidak perlu berpuasa.

Antaranya ialah mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang dan anemia semasa mengandung.
Sesetengah penyakit seperti diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat pada waktunya.

Pesakit jantung, tumbesaran bayi yang terencat dan mengalami perdarahan semasa hamil juga tidak digalakkan berpuasa.

Begitu juga mereka yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah.
"Mereka yang tidak dapat mematuhi arahan meminum air yang mencukupi iaitu sehingga 2 liter sehari turut dinasihatkan untuk tidak berpuasa.
"Juga mereka yang tidak dapat mengambil makanan yang menyihatkan," terangnya.
Mereka yang kekurangan air di dalam badan juga digalakkan berbuka puasa segera kerana khuatir menjejaskan kandungan.

Ia boleh dilihat daripada air kencing ibu mengandung. Jika ia sikit dan pekat seperti warna teh o, ia menunjukkan badan kekurangan air yang diperlukan.
Ujarnya, mereka diberi pilihan dan perlu mengawasi badan sendiri selain mendapat konsultasi daripada doktor.

Berjumpa dengan doktorTegas Dr. Nurhazinat, ibu mengandung perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya dapat mengawasi keadaan ibu dan anak.
Terang kepada doktor sejarah penyakit selain tahap alahan agar doktor dapat menentukan mereka sesuai atau tidak untuk berpuasa.

Selain itu, doktor juga akan mengawasi saiz kandungan selain kesihatan ibu mengandung.
Berat badan ibu mengandung hendaklah sentiasa menaik, jika ia tidak berubah dan menurun semasa puas, ia bukan tanda yang baik.
Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda risiko kehamilan, dapatkan nasihat doktor cara pemakanan yang sihat untuk ibu dan kandungan.
"Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.
"Sebab itu amat penting untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan," ujarnya.

Banyakkan air Terangnya, paling penting bagi ibu mengandung ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.
Ini kerana air ketuban berkurangan yang disebut oligohidramnios.
Walaupun berpuasa, ada cara untuk melengkapkan lapan hingga 10 gelas air dalam sehari itu.

Pastikan anda mengambil air yang diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur.
"Cadangan saya, cuba minum tiga gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan tiga gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur," terangnya.
Juga kurangkan aktiviti yang memenatkan ketika berpuasa seperti beriadah dan membeli-belah serta rancang jadual kerja dengan baik.

Elakkan tempat yang panas supaya kurang mengalami dinyahhidratkan.
MakananKebiasaannya, makanan manis seperti kuih-muih Melayu menjadi pembuka juadah berbuka puasa membuatkan kita berasa kenyang.

Namun sebenarnya makanan manis sebegitu tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi serta diperlukan.

"Makanan yang paling baik ketika berbuka puasa ialah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur.

"Cuba kurangkan makanan manis sangat terutama ketika berbuka kerana ia akan menyebabkan paras gula naik dan kemudian turun mendadak lalu menyebabkan rasa pening.

"Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur," terang Dr. Nurhazinat.

Makanan terbaik untuk bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti,

Tambahnya, makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu mengandung perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin dan susu.
ARKIB : 07/07/2013 Utusan Malaysia
info tambahan; izzahqaseh-- TQVM
pm/sms/whatsapp hubungi 013-9105369
Anis


Ibu Menyusu boleh mengamalkan Qaseh Adinda Murah, Mudah, Mujarab

Qaseh Gold Menyokong Penyusuan Susu Ibu


Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Susu ibu tidak boleh ditandingi oleh sebarang jenama susu formula bayi kerana komposisinya adalah lengkap dan sesuai untuk pertumbuhan bayi.

Kandungan susu ibu juga berbeza mengikut kehendak fisiologi dan pembesaran bayi pra-matang, baru lahir dan yang membesar.

Pengerusi Kumpulan Sukarelawan Penyusuan Ibu Pusat Pengajian Sains Perubatana, Universiti Sains Malaysia (USM) Cawangan Kelantan, Prof. Madya Dr. Yasmin Anum Mohd Yusof, berkata susu ibu mengandungi komposisi air yang banyak (hampir 70 peratus) berbanding susu formula.

Sebagai contoh, katanya, pada musim panas bayi tidak perlu diberi air sebagai tambahan kerana susu ibu sudah mencukupi untuk memastikan kandungan air yang normal di dalam tubuh badan seseorang bayi itu.

''Kandungan khasiat secukupnya (karbohidrat, protin, lemak, zat galian dan vitamin) memastikan bayi mendapat makanan yang seimbang,'' katanya.
Katanya, bahan-bahan itu yang terlarut dalam susu ibu memudahkkan bayi untuk menghadamnya.

Susu ibu juga, katanya, mengandungi banyak antibodi terutamanya 'immunoglobin A (IgA) dan bayi menerima antara 0.5 hingga 1 gram IgA setiap hari.
''Kandungan karbohidrat iaitu gula laktosa yang tinggi berbanding dengan susu lembu memberi tenaga yang secukupnya untuk pertumbuhan bayi,'' kata Dr. Yasmin.
Menurut beliau, kandungan protin yang kurang daripada susu lembu pula adalah bersesuaian dengan kadar penumbesaran bayi yang perlahan berbanding penumbesaran anak lembu yang cepat.

Beliau memberitahu, protin (kasien) yang terkandung dalam susu lembu mudah menjadi kental (curd) dan menyebabkan najis bayi keras.
Menurut Dr. Yasmin Anum, protin dalam susu lembu juga membuatkan bayi mudah alah dan muntah.

Kandungan garam yang tinggi (sodium, potasium dan klorida) di dalam susu lembu itu membebankan fungsi ginjal bayi yang masih belum matang.
Katanya, setiap orang ibu mampu mengeluarkan 600 hingga 700 miligram susu untuk keperluan dan pemakanan bayi setiap hari .
Oleh itu persoalan sama ada susu ibu tidak mencukupi atau tidak , tidak timbul jika ibu kerap menyusukan.

Menurut Dr. Yasmin Anum, kehadiran antibodi di dalam susu ibu itu memastikan bayi dilindungi daripada jangkitan bakteria yang menyebabkan penyakit cirit birit, muntah- muntah, demam kepialu dan jangkitan paru-paru.

''Dua bahan lain dalam susu ibu turut memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berjangkit ialah sel darah putih dan laktoferin,'' katanya.
Laktoferin 'menambat ' zat besi di usus bayi itu akan melindungi bayi daripada cirit-birit di samping menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria.
Menurut Dr. Yasmin Anum, ibu-ibu perlu mengetahui bahawa susu ibu adalah dos awal pelalian bagi bayi yang baru lahir dan menghalang daripada pelbagai jenis penyakit.

Cirit-birit yang berlaku kepada bayi kemungkinan berpunca daripada penyediaan susu botol yang tidak sempurna seperti botol yang tidak dibasuh dengan baik.
Kemungkinan juga, katanya, susu dibancuh menggunakan air yang tercemar.
Susu ibu pula tersimpan dalam payudara yang bebas daripada sebarang jangkitan kuman.

''Daripada kajian yang dijalankan, bayi yang diberi susu ibu mempunyai IQ (darjah kecerdasan) lebih tinggi berbanding bayi yang diberi susu formula,'' kata Dr. Yasmin Anum.
ARKIB : 01/08/1998 Utusan Malaysia 


pm/sms/whatsapp hubungi 013-9105369
Anis

Qaseh Adinda Testimoni HB Rendah




Info bagi Ibu Hamil

Pastikan Ibu Hamil cukup Zat Besi 

PERNAHKAH anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang 'biasa' semasa hamil.
Tahukah anda bahawa seorang dalam setiap tiga wanita, mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi.
Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat, ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Premitha Damodaran, zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
"Wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (< 12-15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi," ujarnya di bengkel pendidikan bertajuk 'Kehamilan dan Anemia: Lebih Lazim Daripada Yang Anda Jangka, Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera' anjuran Merck Consumer Healthcare baru-baru ini.
Beliau menjelaskan kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
KeperluanTambah Dr. Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
"Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya. Akibatnya, ia berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak," ujarnya
Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi.
"Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia," ujarnya.
Pencegahan Dr. Premitha menasihatkan wanita agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.
"Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu," katanya.
Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
"Golongan berisiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam," katanya.
Bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan rencatan, ibu-ibu disyorkan agar mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan.
Selain itu, pengambilan vitamin C membantu meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
Dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, menjalani pemindahan darah dan suntikan zat besi.
"Justeru wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil sert empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
"Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil sejumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
"Jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia," ujar Dr. Premitha.
ARKIB : 13/05/2012 utusan malaysia

p/s: juga boleh diamalkan bagi ibu yang hamil, Gantikan pil dengan mengamalkan pemakanan Sunnah seperti Qaseh Adinda Qaseh Gold.


pm/sms/whatsapp hubungi 013-9105369
Anis

Qaseh Adinda Menyokong Penyususan Susu Ibu


Testimoni Qaseh Adinda & Qaseh Junior

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. Qaseh Adinda berfungsi untuk:

Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian 
Menambah tenaga
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood
Menstabilkan hormon


Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.
TIPS: 

1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh. 

Qaseh Junior murah hanya RM 60.00

Qaseh Junior hanya RM 60.00 sebotol



Qaseh Gold Junior ialah campuran minuman botani formulasi Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Habbatus sauda ', Buah Tiin, Zaitun, Delima & Air Zam - zam serta tambahan kismis, badam & bayam


InsyaAllah membantu anak-anak dari umur 1 tahun ke atas :-

- membekalkan tenaga


- mencergaskan minda


- menguatkan sistem imunisasi


- menyokong tumbesaran


- membekalkan serat

pm/sms/whatsapp anis 013-9105369